MEMBUNUH ORANG AWAM ATAS NAMA ISLAM!
MEMBUNUH ORANG AWAM ATAS NAMA ISLAM!
Bagaimana mungkin ajaran Islam hendak dikaitkan dengan keganasan, sedangkan jika dilihat peraturan peperangan dalam Islam itu begitu ketat sekali. Sebelum Perjanjian Geneva wujud lagi, Islam seribu empat ratus tahun yang lalu telah pun meletakkan berbagai disiplin dan peraturan dalam peperangan. Jika Perjanjian Geneva tidak wujud pun, umat Islam tetap wajib mematuhi peraturan-peraturan perang. Bukan sekadar menjaga nama baik kerajaan, bahkan itulah adalah arahan agama. Peperangan bukan untuk membanyakkan penumpahan darah, sebaliknya untuk memelihara kebenaran dan keadilan. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 190:
(maksudnya): “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”.
Dalam hadith yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim baginda Nabi s.a.w menyebut: “Wahai manusia! Jangan kamu bercita-cita bertembung dengan musuh, mintalah daripada Allah keselamatan. Namun jika kamu bertembung dengan mereka juga, kamu hendaklah sabar (tetap jangan berganjak)”.
Untuk itu Islam menetapkan agar pembunuhan hanyalah di medan perang dan tidak boleh direbakkan ke luar medan. Hanya diperangi mereka yang terlibat dengan peperangan. Adapun golongan musuh yang tidak menyertai peperangan, mereka tidak diperangi atau dibunuh.
Supaya penekanan disiplin itu lebih dipatuhi, para sarjana Islam menyebut secara lebih terperinci sebagai fokus agar golongan-golongan berikut tidak ditumpah darah mereka:
Pertama: Wanita yang tidak berperang dan kanak-kanak. Dalam hadith daripada Ibn Umar r.a., katanya: "Seorang wanita di dapati terbunuh dalam satu peperangan yang disertai Nabi s.a.w) maka Rasulullah s.a.w. pun melarang membunuh wanita dan kanak-kanak”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kedua: Orang tua dan orang yang uzur. Mereka ini tidak dibunuh, melainkan jika dikhuatiri tindakan dan perancangan mereka dalam peperangan. Ini dapat dikiaskan dengan wanita yang tidak membantu peperangan.
Ketiga: Mereka yang beribadat di rumah-rumah ibadat. Dalilnya ialah riwayat Ibn `Abbas, katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w. mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kufur dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir: “Sanad hadith ini hasan”).
Kata al-Syaukani (wafat 1250H): “Pada hadis ini dalil bahawa tidak boleh membunuh sesiapa daripada golongan bukan muslim yang hanya beribadat seperti paderi kerana mereka tidak memudaratkan kaum muslimin”. smile emoticon Al-Syaukani, Nail al-Autar, jld 8, m.s. 74, Beirut: Dar al-Jil)
Keempat: Para pekerja dan petani. Jumhur ulama menyatakan mereka tidak dibunuh. Dalilnya hadith Hanzalah al-Katib r.a., katanya: “Kami berperang bersama dengan Rasulullah s.a.w. , lalu kami melintasi seorang wanita yang dibunuh. Ketika itu orang ramai berkumpul padanya, lantas mereka memberi ruang kepada baginda (untuk melihatnya). Baginda bersabda: “Dia ini (wanita tersebut) tidak turut berperang”. Kemudian baginda mengarahkan seorang lelaki sambil bersabda: “Pergilah kepada Khalid ibn al-Walid, katakan kepadanya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkannya dengan sabdanya: Jangan kamu bunuh kanak-kanak (dalam sebahagian riwayat: wanita) dan `asif (pengambil upah)”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad. Sahih)
Pengambil upah ini ialah mereka yang hanya bertugas menyediakan makanan, atau yang membersihkan kem tentera dan seumpamanya. Selagi mereka tidak terlibat di medan perang, maka mereka tidak dibunuh.
Kelima: Para perwakilan dan diplomat. Kata ‘Abdullah bin Mas`ud:
“Telah menjadi suatu sunnah bahawa para perwakilan tidak dibunuh”. (Riwayat Abu Daud, Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la. Sanad-sanad mereka adalah hasan ( al-Hathaimiy, Majma’ al-Zawaid, jld 5, m.s. 314, Beirut: Dar al-Rayyan)
Perbuatan mana kumpulan samada ISIS atau ISIL (jika benar laporan media) ataupun selain mereka membunuh orang awam adalah JENAYAH yang tiada kaitan dengan Islam.
#ISIS
#ISIL

Comments