Sejarah Dinasti Korea
Sejarah Korea Korea ialah sebuah negara yang mempunyai sejarah selama 5000 tahun. Negara yang mula-mula dibina ialah Gojoseon pada tahun 2333 sebelum masihi. Selepas Gojoseon, terdapat kerajaan seperti Goguryeo, Baekjae, Shilla dan kerajaan bersekutu Gaya dan lain-lain lagi. Peninggalan dari kerajaan-kerajaan ini masih dapat dilihat di beberapa tempat di Korea. Saya paling suka kerajaan Goguryeo. Lukisan dinding Goguryeo masih dapat dilihat hingga sekarang dan ianya jelas kelihatan seperti dilukis beratus-ratus tahun yang lalu. Dan saya paling menyangjungi Raja Gwanggaeto yang membina wilayah Goguryeo dan zaman kehebatan Goguryeo. Gojoseon 2333 SM~108 Gojoseon ialah negara yang mula-mula terbina di Korea. Ketua Gojoseon ialah raja Danggun yang membina Gojoseon pada tahun 2333 sebelum masihi bermula di wilayah Lioning dan seterusnya berkembang ke asia timur. Dinasti Shilla 57 SM~935 Masihi Kerajaan Silla bertempat di bahagian tenggara Semenanjung Korea. Di awal pembentukan n...