Golongan yang cuba menjadikan Islam seakan milik eksklusif sesuatu bangsa, sehingga agama Tuhan yang diturunkan untuk semua bangsa dan semua latar manusia ini kelihatan sempit, merupakan golongan yang merosakkan kemuliaan Islam. Lebih buruk lagi, apabila mereka seakan cuba menjadi nas-nas Islam itu senjata untuk memerangi ataupun menentang bangsa lain selain bangsa mereka. Mereka ini seakan menganggap bagi bangsa lain itu tuhan selain Allah dan Allah itu bagaikan tuhan bagi kaum tertentu sahaja. Tanpa sedar, mereka jika tidak berhati-hati, mereka boleh jatuh ke daerah syirik.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis bertudung dipeluk,cium artis KPOP [Komen pengkaji sejarah Korea]

Apabila Anjing membongkar Hipokrit Org Melayu.

K-pop Bukan Budaya Sebenar Korea!