Sejarah Dinasti Korea
Sejarah Korea
Korea ialah sebuah negara yang mempunyai sejarah selama 5000 tahun. Negara yang mula-mula dibina ialah Gojoseon pada tahun 2333 sebelum masihi. Selepas Gojoseon, terdapat kerajaan seperti Goguryeo, Baekjae, Shilla dan kerajaan bersekutu Gaya dan lain-lain lagi. Peninggalan dari kerajaan-kerajaan ini masih dapat dilihat di beberapa tempat di Korea. Saya paling suka kerajaan Goguryeo. Lukisan dinding Goguryeo masih dapat dilihat hingga sekarang dan ianya jelas kelihatan seperti dilukis beratus-ratus tahun yang lalu. Dan saya paling menyangjungi Raja Gwanggaeto yang membina wilayah Goguryeo dan zaman kehebatan Goguryeo.
Gojoseon
2333 SM~108
Gojoseon ialah negara yang mula-mula terbina di Korea. Ketua Gojoseon ialah raja Danggun yang membina Gojoseon pada tahun 2333 sebelum masihi bermula di wilayah Lioning dan seterusnya berkembang ke asia timur.
Dinasti Shilla
57 SM~935 Masihi
Kerajaan Silla bertempat di bahagian tenggara Semenanjung Korea. Di awal pembentukan negara, Silla adalah kerajaan yang lemah tetapi selepas itu 3 buah kerajaan telah bersatu. Selepas bersatu kerajaan Silla semakin teguh dan mengadakan hubungan perdagangan dengan negara luar terutamanya selepas Jeneral Jang Bogo membina Cheonghaejin di Pulau Wando dan menghalau lanun-lanun, Silla mengetuai perdagangan laut di asia timur.
Dinasti Goguryeo
37 SM~668 Masihi
Goguryeo menguasai kebanyakan wilayah Manju. Goguryeo adalah kerajaan paling kuat dan progresif di antara Baekjae dan Silla malah ianya adalah kerajaan terkuat di asia timur laut pada abad ke-5. Terutamanya raja Gwanggaeto(tahun 375~413) adalah raja yang menguasai wilayah paling luas.
Dinasti Baekjae
18 SM~ 660 Masihi
Baekjae adalah kerajaan progresif yang terletak di barat daya semenanjung Korea.Baekje mempunyai hubungan yang rapat dengan negara jiran dan banyak tenaga pakar, peniaga, tukang jahit, tukang rumah, para ilmuwan telah dihantar ke Jepun di mana hal ini banyak memberi pengaruh besar kepada pelbagai bidang kebudayaan Jepun.
Dinasti Gaya
100~1 SM ~ 562 Masihi
Gaya ialah kerajaan gabungan beberapa buah negeri kecil yang berpusat di delta Sungai Nakdong di tengah laut selatan. Bersempadan dengan China, Korea dan Jepun, ia memainkan peranan yang penting sebagai perantara perdagangan dan budaya. Terutamanya besi yang dikeluarkan di Gaya mendapat sambutan di peringkat antarabangsa seperti China dan Jepun.
Dinasti Balhae
698~926 Masihi
Selepas kejatuhan Goguryeo, seorang lelaki dari Goguryeo telah membina angkatan tentera yang terdiri dari rakyat Goguryeo dan kaum Malgal dan mereka bertempat di Jilin di Manchuria dan kemudian membina kerajaan Balhae. Kerajaan Balhae mengaku yang mereka adalah pengganti kerajaan Goguryeo dan menguasai hampir kesemua tanah bekas jajahan Goguryeo. Kebanyakan pemerintah Kerajaan Balhae adalah orang Goguryeo.
Dinasti Goryeo
918~1392 Masihi
Wang Geon telah menyatukan semenanjung Korea kali kedua dan membina Dinasti Goryeo yang mengambil nama sempena Goguryeo. Jikji, buku yang dicetak dengan alat cetak logam mudah-alih paling lama dan tembikar Goryeo, pencapaian kebudayaan terbaik Goryeo, dihasilkan pada zaman Dinasti Goryeo.
Dinasti Joseon
1392 ~ 1910 Masihi
Joseon mengambil nama sempena kerajaan pertama Korea. Joseon mengamalkan ajaran Konfusianisme sebagai panduan dan ajaran ini memberikan banyak pengaruh semasa pemerintahan Joseon. Maharaja Sejong(1394~1450), seorang raja yang paling dihormati oleh rakyat Korea, telah mencipta huruf Korea, Hangeul pada tahun 1446 dan juga mencipta penyukat air hujan, jam air, jam matahari dan sebagainya.