Antara MCA dan DAP
Saya mahu kongsikan tulisan dari guru dakwah saya berhubung MCA(Malaysian chinese association) dan Democratic action party(DAP) dan mengapa saya sendiri menyokong DAP dan menolak MCA.
Post Link : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=371762679601391&id=285669801544013
[Antara MCA & DAP]
MCA parti Cina manakala DAP parti majoriti Cina. Saya juga Cina tetapi beragama Islam dan jikalau saya sebagai pengundi, saya akan pasti menolak calon dari MCA walau siapapun calonnya. Kenapa? MCA perjuangkan Cina, Cina, Cina dan lebih teruk bagi saya mereka mengeluarkan kenyataan mengenai Islam walaupun menyedari diri mereka jahil. Majoriti rakan berbangsa Cina saya juga menolak MCA.
Yang paling menarik bagi saya adalah MCAM sentiasa berkata satu undi untuk DAP adalah undi untuk PAS yang akan melaksanakan hudud tetapi UMNO pula kata satu undi untuk PAS bermakna satu undi untuk DAP yang akan mengkristiankan Malaysia. Pening saya dibuatnya. Mana yang betul ni sebenarnya? Pinjam ayat Bro Lim sebentar; "Cakap la betul-betul. I am confuse, what do you guys mean?"
DAP parti majoriti Cina dan ada yang berkata mereka juga menolak hudud dan saya bersetuju bahawa mereka memang menolak hudud tetapi mereka tidak menghina Islam dan saya difahamkan peruntukan untuk guru agama & sekolah agama Islam di Penang meningkat setelah PR mengambil alih pada 2008.
MCA dipimpin oleh pemimpin yang mengaku terlibat dalam skandal seks manakala setahu saya, wallahualam, pemimpin DAP hanya dituduh bermacam-macam tetapi masih sekadar teori dan tuduhan tanpa disabitkan kesalahan moral mahupun lain-lain. Mungkin ada tetapi saya terlepas pandang.
Kalau diberi pilihan yang mana paling mudaratnya kepada Islam, saya pasti akan pilih DAP. Namun itu tidak bermakna saya menyokong PR (undi saya adalah rahsia tetapi ada orang kata bukan lagi rahsia, hmmmm). Ini cuma analisa saya yang tak seberapa yang boleh diterima mahupun ditolak. Saya secara peribadi merasakan PRU kali ini paling sengit dan mana-mana pihak juga mampu menang. Apa-apapun, semoga Malaysia kekal aman dan Islam akan terus berkembang walaupun siapa bakal kerajaannya. Wallahualam...
![]() |
MCA chinese kuffar againts Islamic Syariah Law |
![]() |
Ahli Seumur Hidup MCA membantah AZAN |
Comments