Rumusan video edit Benz Ali

Sedaya upaya untuk tidak bias dan sesimple yg mungkin.

1]Non-muslim dan Kalimah Syahadah


Tujuan manusia diciptakan

Mengabdikan diri kepada Allah swt :
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku” [Surat Adh-Dhāriyāt 56]
Khalifah Allah dimuka bumi :
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
[Surat Albaqarah 30]

Hidup juga tempat Ujian /test
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);[Surah al Mulk 2]

Syarat seseorang masuk syurga :
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[Surat al Asr 1-3]

berdasarkan ayat tu,ade 4 syarat masuk syurga
1-Beriman kepada Allah swt
2-Melakukan amal salih
3-Berpesan dgn kebenaran
4-Berpesan dgn kesabaran

syarat yg lain pulak jauhkan dari syirik :
"sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

[Surah Luqman 13]

Zalim= meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya

syirik=zalim /tak patut sembah selain allah

Syirik boleh hapuskan perbuatan baik:
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.[Az zumar 65]


Kalau yg kafir  masuk syurga,kena la join membership (Islam) contoh kamu isi minyak dan nak menang reward,mesti la kena jadi membership dulu.Kalau tak ade membership mane nak dapat.

Tapi kita kena tahu untuk beza antara Kaffir dan non-muslim.
Tak sesuai kita labelkan semua non-muslim sebagai kaffir.
Non-muslim = Mesej Islam belum sampai atau terhad

kafir asal dari perkataan kafara
kafara = tak percaya kepada tuhan
kafara (billah) = menutup atau menyembunyikan


kalau tuhan adil kenapa ade yg dilahirkan bukan islam,mati pun dalam bukan Islam lepas tu masuk neraka.Ade yg lahir muslim,hidup muslim ,mati lepas tu masuk syurga.Mane adil nye?
Quran Jawap :
Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?[Surat Yunus 99]

Berdasarkan ayat tu,boleh je Allah swt buat semua orang jadi Muslim,tengok contoh  malaikat.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.[At tahrim 6]

Tapi manusia diberi pilihan,dunya tempat ujian.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
[Al-ankabut 3]

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);[Surah al Mulk 2]

Berdasarkan 2 ayat ni ,lahir dari keluarga Islam tak  ade gerenti masuk syurga.
Nabi Muhammad Rasulullah ṣallallāhu 'alayhi wa sallam (bersabda, “lngatlah, sesung­guhnya anak Adam (umat manusia) diciptakan dari berbagai macam lapisan. Di antara mereka ada yang dilahirkan sebagai orang mukmin, hidup sebagai orang mukmin, dan mati dalam keadaan beriman.Ada pula yang dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup sebagai orang kafir, dan matipun dalam keadaan kafir. Juga ada yang dilahirkan sebagai orang mukmin, lalu hidup sebagai orang mukmin, tetapi mati dalam keadaan kafir.Sebaliknya ada yang lahir dalam keadaan kafir, dan hidup sebagai orang kafir, tetapi ia mati dalam keadaan beriman.”
(HR. Tirmidzi dari Abu Sa`id Al-Khudri raḍyAllāhu 'anhu).

Tu sebab ade dikalangan muslim yang boleh mati dalam keadaan syirik sebab guna Tangkal azimat la,ilmu pelaris la...minta tolong jin la....

Lahir dari keluarga muslim tak semestinya masuk neraka boleh dibuktikan kalau mati sebelum akil baligh,ade penyakit gila atau seruan Islam belum sampai.

Allah itu adil dan tak akan  hukum sesuatu kaum melainkan apabila msg dah sampai

Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
[Al-isra 15]

Berdasarkan ayat ini,kalau msg  tak sampai ,mereka tak akan diminta bertanggunjawap atas perbuatan diri diorang.Tapi Allah akan hakimi mereka secara adil  berdasarkan peluang yang ada pada diri diorang.

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.(An-Nisa 40]

Kalau belajar sains alam wujud sebab ada pencipta,dia wajib percaya aya kewujudan tuhan atau pencipta.Ada change masuk syurga.Kalau tolak,neraka la.

Tapi kita tahu ke ape yang ade dalam hati mereka?Wallahualam.
Dalam kalangan non-muslim pun ade yg percaya kepada pencipta,tapi diorang tak panggil allah.Mereka tak sebut shahadah,tapi hati mereka dah mengaku lailahaillalah.
Paling penting ending(closing) mati dalam keadaan ape,bukan lahir dalam keadaan apa.


2]Tawheed (kesatuan tuhan) tak berguna kalau tak membantu orang miskin
Betul,kalau solat 5 waktu,puasa,baca quran tapi tak amal...ape guna?kita tetap muslim yang busuk.Ingat kisah seorang masuk neraka sebab biarkan kucing dia dahaga?dan seorang pelacur masuk syurga kerana beri anjing dahaga minum.

3]Ritual agama tak perlu,sebab Allah tak perlu diungsi.Allah boleh menguruskan dirinya sendiri.
-Ya,Allah tidak memerlukan semua ritual kita.Allah swt tak untung dan tak rugi dari amalan kita.Yang untung adalah kita.Kita ni yg memerlukan Allah.Jangan ingat kita ni hebat. Umpama doktor suruh kita makan ubat,
yang untung kita,bukan Doktor.Jadi kalau dia kata ritual itu tak perlu,dia salah.Kita perlu buat semua itu.


4]Nabi Isa dan Imam mahdi  turun
Saya tak tengok video full,tapi kalau betul apa yg dikata,saya memang tidak bersetuju dengan kenyataan dia yang menolak hadis.
Memang benar Nabi Isa (Jesus as) akan mematahkan salib dan menentang  dokrin kristianiti yg diasaskan oleh Saint Paul of Tarsus dan akan menghapuskan "kerbau pendek".Nabi Isa as menentang kristianiti,bukan orang Kristian.Nabi Isa bawa kebenaran,jadi jika org kristian ketika itu masih ingkar,maka mereka sendiri akan tanggung atas perbuatan mereka.Nabi Isa semasa memerintah juga keadaan akan aman,tiada kemiskinan,dia membawa keadilan didunia.Jadi Ben Ali tak perlu risau.




5- Mengangkat Syiah
Sesiapa sahaja yang mengangkat syiah,saya tak akan bersetuju =_=

Saya rasa Benz ali bukan mengangkat Syiah,tetapi mempersoalkan mereka yang mengaku ASWJ.
Syiah ada karangan dan buku mereka yg tersendiri walaupun ia adalah batil.
Tetapi yang ASWJ tak ada.Balik dari mesir,al azhar dan sebagainya,ilmu tak disebarkan.
Tak ada pun buku yang dikarang.Syok sendiri.



Tambahan :

Bunyi kenyataan mungkin agak sperti syiah ..jika syiah mereka rela masuk neraka sebab ada Abu Bakar dan Umar Ibn al khattab dalam Syurga.

Saya pun sedih tengok orang miskin disekeliling.Tapi saya tahu tak banyak saya boleh buat.Saya sendiri pun tak dapat tolong diri saya macamana saya nak tolong orang lain
Saya juga sangat kecewa dengan pemerintah,ahli politik dan agamawan.
Lagi pun kita ni hidup dalam sistem kuffar,bukan khilafah.Inilah kesan dari demokrasi.
Kalau sesiapa rasa demokrasi itu jalan terbaik,dia silap.


Tapi persoalan disini tak mungkin Allah swt akan memasukkan seseorang yang melakukan kebaikan ke neraka,
Teringat saya kisah Nabi Khidir yang membunuh seorang budak,mana mungkin Allah akan mencampakkan Nabi Khidir ke neraka.

Jadi disini saya rasa Benz ali cumalah ber-sarcasm.


Saya sendiri tak tengok video full.Dan masalah juga bagi yang mencemuh memaki Si Benz Ali.dan Benz Ali sendiri juga yang menjadi penyebab salah faham,mana boleh dia expect semua org faham sarcasm atau sindiran dia.
Wallahualam,saya pun tak nak menangkan sesiapa,kalau yg betul saya kata betul,kalau salah saya kata salah.

Moga Allah melindungi saya dari menjadi seorang pemfitnah atau bias.





Comments

Popular posts from this blog

Gadis bertudung dipeluk,cium artis KPOP [Komen pengkaji sejarah Korea]

Apabila Anjing membongkar Hipokrit Org Melayu.

K-pop Bukan Budaya Sebenar Korea!