Hell Of Teaser Women

Di antara fitnah yang diberitakan oleh nabi muhammad saw disebutkan dalam hadis sahih,bahawa nabi muhammad saw pernah bersabda,"ada dua golongan manusia(penghuni neraka) dari kalangan umatku yang sekarang belum kulihat keberadaannya,iaitu segolongan orang yang membawa cambuk seperti seekor sapi untuk memukuli orang lain dan segolongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang dengan langkah yang berlenggang-lenggok memikat lawan jenisnya;(rambut)kepala mereka seperti seperti ponok(bonggol pada tengkuk)unta.Mereka tidak akan mencium bau syurga."(HR muslim dan ahmad).


Adapun mengenai kaum wanita yang dimaksudkan,maka sesungguhnya pada masa sekarang aku telah melihatnya.Mereka berpenampilan memikat hati dan menawan jiwa.

cara jalan mereka diatur sedemikian rupa lenggang-lenggoknya untuk menarik lawan jenisnya dan ternyata pengaruhnya demikian hebat.Kini,mereka keluar dari rumah orang tuanya dengan merias dirinya dan menggenakan wangi-wangian yang menyenangkan,menanggalkan ajaran tuhan ke belakang punggungnya seakan-akan mempamerkan kepada penjahat,"Lihatlah!Ini Aku!"

selanjutnya, ia pulang dan apa yang dibawanya?Tentu sahaja ia kembali dengan membawa laknat tuhan.

Semoga tuhan menghindarkan kita dari fitnah ini.

Dalam hadis sahih disebutkan bahawa Rasullullah Saw pernah bersabda,"Wanita yang menggenakan wangiannya,kemudian berlalu di hadapan kaum lelaki agar mereka dapat mencium bau harumnya,maka ia sama sahaja dengan wanita tidak berakhlak."
(HR Ahmad,Abu Dawud,Tirmidzi dan Nasa'i).




Demikian itu kerana mata jalang mereka pasti akan memandangnya.Oleh kerana itu,wahai kaum wanita,hindarilah fitnah ini!Hindarilah fitnah ini!
Rasullullah Saw telah bersabda.

"Aku telah meninggalkan pada umatku sesuatu fitnah yang lebih membahayakan kaum lelaki,selain wanita".(HR Bukhari,Muslim,Ahmad dan Tirmidzi).


Iblis tidak mampu menyesatkan ramai manusia yang mendapat petunjuk,kecuali melalui wanita.Oleh kerana itu,aku katakan kepada kaum wanita,mudah-mudahan ada yang mahu mendengar dan mudah-mudahan hati mereka terketuk.Mudah-mudahan mereka merenungkan dan memikirkannya.Wahai saudariku,wahai ibuku,wahai wanita Muslimah,bertakwalah kepada tuhan dan ikutilah ajaran agama mu yang sebenar dalam memelihara iman dan kehormatanmu.



Bertakwalah kepada tuhan dalam bergaul dengan masyarakat.Bertakwalah kepada Allah dalam bergaul dengan para hamba dan memelihara negeri,kerana engkaulah yang bertanggungjawab atas terjadinya fitnah bila menimpa mereka.

Janganlah engkau menjadi penyebab terjerumusnya orang lain ke dalam marabahaya.
Wahai hamba perempuan tuhan,jagalah rumah-rumahmu!Jagalah rumahmu(menetaplah di rumahmu!)Wahai hanba perempuan tuhan,di kemanakah imanmu?

manakah hasil pendidikan utusan tuhan?di kemanakah firman tuhan?"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah dahulu.."
(Qs Al-Ahzaab(33):33)


Comments

Popular posts from this blog

Gadis bertudung dipeluk,cium artis KPOP [Komen pengkaji sejarah Korea]

Apabila Anjing membongkar Hipokrit Org Melayu.

K-pop Bukan Budaya Sebenar Korea!