Penyokong Vietnam dipukul penyokong Malaysia [ Malaysia tidak layak disokong]
Aku tak pernah percaya sukan merapatkan silaturahim terutamanya yang membabitkan Malaysia.Itu cuma kata-kata kosong untuk menampakkan benda yang buruk nampak cantik. Sejak kecil memang aku suka main bola sepak. Tapi penyebab utama aku amat jarang main bola sepak adalah kerana kebiadapan dan semangat Penyokong Bola Sepak Malaysia terutamanya melayu. Dari EPL sehinggalah Liga Malaysia,semuanya kurang ajar dan tidak beradap. Dan aku tak akan sekali-kali menyertai mereka untuk berkumpul di stadium,restoran atau dimana2! Aku tidak akan bersama denga orang yang biadap,assabiyah dan zalim. Tiada etika dan adab.Itulah penyokong Malaysia. Masih Biadap dari dulu sampai sekarang. Meletakkan permainan sukan umpama maruah. Semangat assabiyah dan ego terlampau tinggi. Mengamuk bila kalah.Mengejek bila menang. Mengaku beragama Islam,tapi perkataan dan akhlak langsung tak menggambarkan. Saya yang tak bersalah pula yang menanggung beban atas kebiadapan. Sebagai pendakwah ,saya jug...